PENGANJURAN ACARA SUKAN ANTARABANGSA DI MALAYSIA
Siri Perlumbaan Formula 1
Satu siri perlumbaan lumba kereta yang
paling diminati di dunia telah diasaskan secara rasmi pada tahun 1946 dan
perlumbaan ini pada awalnya dikenali sebagai „Formula A‟ sebelum ditukar kepada
„Formula 1‟. Siri perlumbaan ini telah ditonton oleh 580 juta orang penduduk
seluruh dunia secara langsung melalui kaca televisyen. Perlumbaan ini dinaungi
oleh Federation International de Automobile
(FIA). FIA adalah badan yang bertanggungjawab untuk menetapkan segala
peraturan untuk siri perlumbaan ini. Perlumbaan F1 melibatkan penyertaan
pelbagai pihak seperti syarikat pengilang kereta iaitu Alfa Romeo, Ferrari, Mercedes
Benz, Bavaria Motor Works (BMW) dan Toyota. Terdapat juga pasukan persendirian
seperti Petronas Sauber (kini dikenali sebagai BMW Sauber), Jordan F1 Racing Team,
Torro Rosso dan lain-lain. Di Malaysia perlumbaan F1 diadakan di Litar
Antarabangsa Sepang (SIC).
Siri Perlumbaan Moto GP
Siri perlumbaan Moto GP telah diasaskan
pada tahun 1949 oleh Federation International de Motocyclisme (FIM). Hak
komersial acara ini dikendalikan oleh syarikat Dorna Sport. Pasukan yang
menyertai perlumbaan ini dinaungi oleh International Road Racing Team Ascociation
(IRTA). Motosikal yang akan digunakan pula prlu dikeluarkan oleh kilang atau
syarikat yang berdaftar dengan Motorcycle Sport Manufacturer Ascociation
(MSMA). Motorsikal yang digunakan untuk siri perlumbaaan ini pula adalah motosikal
yang dibina khas untuk berlumba dan tidak boleh digunakan di atas jalanraya
yang digunakan oleh orang awam. Siri perlumbaan Moto GP mempunyai 3 kategori iaitu
125cc, 250cc, dan kategori MOTO GP iaitu 990cc.
Monsoon Cup
Merupakan sebuah perlumbaan kapal layar
reggatta dan juga dikenali sebagai The
Formula 1 of Sailing. Pada masa musim tengkujuh para nelayan tidak dapat turun
ke laut kerana arus deras, ombak besar
dan angin bertiup agak kencang. Acara siri perlumbaaan kapal layar reggatta ini
sebenarnya masih baru. Pada tahun 2000, sebuah kesatuan telah ditubuhkan dengan
nama Swedish Match Tour yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan
dan memastikan kejohanan Monsun Cup berjalan lancar. Kesatuan ini mengumpul
semua persatuan perlumbaan regatta yang menyertai kejohanan kapal layar di
seluruh dunia dan diuruskan dibawah satu kesatuan . Monsoon Cup menawarkan
hadiah kedua tertinggi iaitu sebanyak RM 1 juta kepada pasukan yang menjuarai
kejohanan tersebut. Negeri Terengganu akan terus menganjurkan acara ini
sehingga tahun 2012.
La Tour de Langkawi
Merupakan satu siri perlumbaan basikal lebuhraya
dan diadakan pertama kali pada tahun 1996. Jelajah ini telah mendapat
pengiktirafan daripada UCI Asia Tour. Hadiah yang lumayan serta trek perlumbaan mencabar menyebabkan ramai
jaguh-jaguh dunia tetap mengambil bahagian. Jelajah ini juga telah menaikan
lagi nama Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkenal di dunia. Kejohanan
ini turut mengalami beberapa masalah dari aspek kewangan tetapi masih dapat
diteruskan sehingga kini. Kejohanan lumba basikal ini akan membawa pelumba ke
seluruh pelusuk semenanjung Malaysia. Di samping itu, siri jelajah lumba
basikal Le Tour de Langkawi telah disiarkan secara langsung oleh RTM 1 dan
saluran astro ESPN. Pada tahun 1996 terdapat 12 peringkat perlumbaan telah
dijalankan. Namun mulai 2002, ia telah dikurangkan kepada 10 peringkat
perlumbaan di atas permintaan Kesatuan Basikal Antarabangsa (UCI). Lumba
basikal ini melibatkan beberapa tempat di seluruh Semenanjung Malaysia. Kini
LTdL telah diiktirafsebagai kejohanan lumba basikal paling berprestij di Asia
dan keempat berprestij di dunia selepas Tour
de France, Vuelta d‟Espania dan Giro d‟Italia. Le Tour de Langkawi juga
merupakan sebahagian daripada acara memanaskan badan bagi perlumba profesional
sebelum kembali berlumba di Eropah. Menurut Persekutuan Kebangsaan Berbasikal
Malaysia (PKBM), setiap tahun dianggarkan lebih 800 juta penonton televisyen
dan pendengar radio akan mengikuti perkembangan Le Tour de Langkawi (LTdL). Hal
ini ternyata berjaya mempromosikan Pulau Langkawi khususnya dan Malaysia amnya
sebagai destinasi pelancongan sukan yang popular (Utusan Malaysia, 20 December
2008).
Langkawi Ironman Triathlon
Langkawi Ironman Triathlon ialah acara
yang menguji tahap kecergasan dan kekuatan fizikal dan mental. Ini melibatkan
tiga jenis disiplin iaitu berenang, berbasikal dan berlari. Langkawi Ironman
Triathlon mula dianjurkan pada tahun 2000. Kejohanan ini adalah acara wajib
disertai oleh atlit triathlon profesional kerana menawarkan pungutan mata bagi
menentukan atlit yang layak untuk menyertai Kejohanan Ironman Dunia yang
diadakan di Hawaii. Atlit yang menyertai acara ini perlu berenang sejauh 2.4
batu, berbasikal sejauh 112 batu dan berlari sejauh 26.2 batu. Pada edisi 2009,
sebanyak 505 atlit telah menyetai acara ini untuk kategori utama sahaja dan ia
dijangka akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang. Sukan ini merupakan
sukan bertaraf antarabangsa yang membariskan peserta handalan dunia yang
bersaing meraih gelaran juara aksi lasak. Acara ini berlangsung di 23 lokasi di
seluruh dunia dan mula dianjurkan di Langkawi pada tahun 2000 oleh Langkawi
Ironman Endurance Sdn. Bhd. (LIEM) dengan kerjasama dengan kerajaan negeri
Kedah, Majlis Sukan Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA), Kementerian
Belia dan Sukan dan Kementerian Kesenian dan Pelancongan. Sukan ini memerlukan kekuatan
fizikal dan mental para peserta (http://www.ironman malaysia. com.my).
Royal Langkawi International Regatta
Acara berprestij ini mula diadakan pada
tahun 2003 dan memasuki edisi yang ke-7 pada tahun 2009. Acara ini dianjurkan
oleh Royal Langkawi Yacth Club bagi merebut Piala Perdana Menteri iaitu sebagai
kategori utama. Pertandingan ini juga mempunyai beberapa kategori lain seperti
Primier Cruising, IRC, Sportboat, Sportboat Platu, Multihull Racing dan Club Cruising. Acara berprestij ini telah
berjaya menarik jaguh kapal layar yang terkenal di dunia seperti Bruno Peyron.
Acara ini menerima penyertaan daripada 60 peserta Asia dan 10 negara Eropah.
Antara peserta daripada negara benua Asia adalah Singapura, Thailand, Hong Kong,
Korea Selatan, China, Filipina dan Australia. Manakala dari negara benua Eropah
adalah Britain, Jerman, Belanda, Perancis, Belgium dan New Zealand. Pulau Langkawi
ialah salah sebuah tempat pembangunan sukan perlumbaan perahu layar yang
terkenal di dunia (http://www.langkawiregatta.com). Kejohanan Regatta Perdana
Antarabangsa Geopark Langkawi pula, yang berlangsung pada 15 hingga 20 Januari
2009, seramai 70 pelayar luar yang mewakili 8 negara telah menyertainya. Negara
tersebut ialah Myanmar, Thailand, Qatar, Syria, India, England, Indonesia dan
Hong Kong. Thailand telah menghantar peserta teramai iaitu 38 pelayar diikuti
Myanmar (13) manakala Qatar, India dan Indonesia masing-masing empat pelayar dan Syria (tiga) serta England
dan Hong Kong masing-masing dua pelayar. Malaysia pula diwakili oleh 27 pelayar
kebangsaan serta 124 pelayar dari Kedah, Perak, Selangor, Johor, Melaka, Kuala
Lumpur, Putrajaya, Sabah, Negeri Sembilan, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
dan Majlis Sukan Pulau Pinang akan turut bersaing pada kejohanan itu. Pertandingan
ini mempertandingkan lima kategori ialah Optimis, Laser, 470, 420 dan perahu
layar yang bermula di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi (Utusan
Malaysia, 14 Januari 2009).
POTENSI DAN PROSPEK SUKAN SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN DI MALAYSIA
Setiap acara sukan dan kejohanan sukan
yang berlangsung mempunyai potensi dan prospeknya tersendiri. Kejohanan sukan
yang berlangsung sudah pasti melibatkan beberapa lokasi yang bersesuaian dengan
acara yang bakal dijalankan. Begitu juga di dalam penglibatan pelancong di dalam
aktiviti sukan ketika tempoh percutían mereka. Kebanyakan pelancong mempunyai
perancangan yang tersendiri di dalam memenuhi tempoh percutían mereka. Sebagai
contoh para pelancong yang berminat dengan sukan selam skuba sudah pasti
memilih negeri Sabah sebagai lokasi percutían yang paling sesuai. Manakala bagi
pelancong yang berminat dengan aktiviti sukan mencabar seperti mendaki gunung,
berkayak dan berbasikal sudah pasti memilih lokasi Tasik Kenyir sebagai
destinasi percutían mereka. Terdapat banyak lagi tempat yang menarik dan
menyediakan kemudahan untuk melakukan aktiviti sukan dapat dikunjungi oleh para
pelancong antara salah satunya di Pulau Langkawi. Pulau Langkawi bukan sahaja
terkenal sebagai salah satu pulau yang terindah di dunia, ia juga adalah satu
lokasi percutían sukan yang popular di Malaysia. Produk pelancongan sukan
adalah salah satu prospek terbaru di dalam menarik kunjungan para pelancong domestik
dan antarabangsa mengunjungi sesuatu destinasi pelancongan. Selain itu,
terdapat pelbagai kejohanan bertaraf antarabangsa dilihat sebagai tarikan utama
kepada kedatangan pelancong ke Malaysia.
Agensi
pelancongan, kerajaan tempatan dan media massa perlu memainkan peranan penting
dalam mempromosikan produk pelancongan sukan untuk menarik kedatangan pelancong
domestik dan antarabangsa bagi menyaksikan acara sukan yang dilangsungkan, di samping para pelancong dapat menggunakan
kemudahan sukan yang disediakan di tempat percutian. Suatu konsep pelancongan sukan ditunjukkan
dalam Rajah 1.0. Model Dinamik bagi pelancongan sukan terbahagi kepada beberapa
elemen penting dan perlu diambil kira dalam pelancongan sukan. Di dalam Rajah 1
dapat dilihat saling kaitan dan faedah yang diperolehi melalui penganjuran
sesuatu acara sukan. Model dinamik ini telah dikemukakan oleh Hudson (2003) dan
beliau telah melihat pelbagai aspek melibatkan kebergantungan antara pasaran pelancongan
yang memberi faedah antara satu sama lain. Selain itu Hudson (2003) juga telah
melihat tentang peranan setiap organisasi terlibat di dalam pelancongan sukan
serta beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk perancangan jangka
masa panjang.
Di dalam
kejohanan sukan yang dijalankan terdapat perbezaan dari segi bentuk promosi,
tempoh penganjuran dan perancangan dilakukan dalam usaha menarik kedatangan
penonton bagi menyaksikan kejohanan yang berlangsung. Terdapat beberapa ciri
khusus dalam sukan yang menjadikannya sebagai suatu tarikan pelancongan yang
memberikan impak yang tinggi kepada pendapatan negara.
Tempoh penganjuran
Di peringkat dunia terdapat tiga acara
sukan berprestij dan mendapat liputan meluas daripada seluruh media
antarabangsa iaitu Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Bola Sepak Piala Dunia.
Ketiga-tiga acara sukan ini berlangsung dalam suatu tempoh yang panjang dan
menjadi perhatian seluruh masyarakat dunia. Sebagai contohnya, Sukan Olimpik di
Beijing telah berlangsung selama 16 hari iaitu pembukaan rasminya pada 8 Ogos
2008 dan berakhir pada 24 Ogos 2008. Pada Sukan Olimpik di Beijing, sebanyak 204 buah negara dan 10 ribu orang
atlit telah mengambil bahagian. Kejohanan Sukan Olimpik diadakan selama 4 tahun sekali. Manakala bagi Sukan Komanwel pula
telah dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet elit dari
negara-negara Komanwel sahaja. Kehadiran di Sukan Komanwel biasanya lebih kurang
5,000 atlet. Commonwealth Games
Federation (CGF) ialah organisasi yang bertanggungjawab untuk hala tuju dan
kuasa Sukan Komanwel. Begitu juga dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia (FIFA)
yang diadakan setiap empat tahun sekali dan disertai oleh pasukan dari serata
benua. Kejohanan ini adalah paling berprestij dan menjadi tumpuan penduduk
dunia tanpa mengira lapisan masyarakat. Ia berlangsung dalam tempoh 31 hari.
Seterusnya, di Asia pula turut berlangsung acara sukan yang hanya melibatkan
atlit dari benua Asia sahaja. Kejohanan Sukan Asia adalah acara pelbagai sukan
yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia. Di
Malaysia khususnya terdapat kejohanan sukan yang popular seperti Sukan Malaysia
(SUKMA), Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti (MASUM)
dan Sukan Staf Universiti (SUKUM).
Contohnya Sukan Malaysia diadakan selama dua tahun sekali dan disertai
oleh semua negeri di Malaysia.
Persediaan awal sebelum kejohanan
Sebelum sesuatu kejohanan sukan diadakan
setiap negeri atau negara tuan rumah akan melakukan persediaan yang khusus dari
segi kemudahan sukan, penginapan atlit, pembaikan stadium, logistik dan
lainlain lagi. Penyediaan kemudahan infrastruktur yang lengkap penting bagi
memastikan setiap kejohanan berjalan dengan lancar. Selain itu, setiap negara
tuan rumah juga perlu mendapatkan khidmat penglibatan sukarelawan sukan bagi
membantu menjayakan kejohanan yang bakal diadakan. Para pegawai dan jawatan kuasa
pengurusan turut diberi latihan dan kursus khas di samping penerangan berkaitan
kejohanan turut diberikan kepada pegawai pasukan yang mengambil bahagian dalam
acara sukan bakal dilangsungkan. Antara jawatankuasa yang berperanan penting di
dalam sesuatu penganjuran acara sukan ialah Jawatankuasa Teknikal dan
Jawatankuasa Pertandingan. Kejayaan menganjurkan Sukan Komanwel 98 telah membuka mata ramai pihak bahawa
Malaysia adalah salah sebuah negara yang mampu untuk menganjurkan sukan
bertaraf antarabangsa. Kebanyakan negara yang mengambil bahagian di dalam SUKOM
98 amat berpuas hati dengan mutu penganjuran yang ditunjukkan oleh negara
Malaysia. Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan bertaraf antarabangsa,
semua faktor perlulah dilihat dan persediaan awal mesti dilakukan agar
kejohanan yang berlangsung tidak mengalami sebarang masalah. Jawatankuasa pertandingan
perlu meniliti dan mengakaji semua aspek pengurusan bagi memastikan setiap
acara yang berlangsung berjalan lancar dan bersistematik. Kegagalan melakukan
persediaan yang teratur akan memburukkan nama baik negara tuan rumah dan
sekaligus mengurangkan keyakinan terhadap penganjuran kejohanan pada masa akan
datang.
Liputan Media
Di dalam sesuatu penganjuran acara sukan,
media cetak dan media elektronik adalah tunjang utama dalam mempromosikan
kejohanan yang akan dilangsungkan. Media massa berperanan di dalam melakukan
iklan dan promosi sebelum kejohanan berlangsung, liputan semasa ketika
kejohanan berlangsung dan rumusan selepas pertandingan berakhir. Media
elektronik seperti internet adalah medium paling berpengaruh di dalam memberi
info berkaitan sesuatu kejohanan sukan seperti melaporkan kedudukan terkini
pingat, maklumat pasukan yang bertanding, iklan produk tajaan, jadual
pertandingan dan liputan secara terus menerus di negara tuan rumah kejohanan
berlangsung. Maklumat berkaitan kejohanan sukan boleh diakses melalui laman
web, blog dan laman web kerajaan seperti Tourism Malaysia, Kementerian Belia
dan Sukan serta laman web rasmi kejohanan yang diadakan. Kepentingan dan
keberkesanan internet sebagai saluran komersial dalam konteks menyediakan maklumat
kepada pelancong telah banyak diperkatakan dalam kajian terdahulu (Bonn, Furr
dan Susskind, 1999; Marcussen, 1997). Laman web telah menjadi komunikasi yang
penting kepada pelancong dan saluran pengedaran yang efektif kepada pengusaha
pelancongan dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya (Law, Leung dan Wong,
2004).
Penajaan
Setiap kejohanan sukan yang berlangsung
sudah pasti memerlukan penajaan dan promosi melalui iklan bagi mendapatkan dana
dan menarik kedatangan penonton menyaksikan kejohanan tersebut. Terdapat
beberapa penaja rasmi seperti media penyiaran, minuman kecergasan, syarikat
telekomunikasi dan sebagainya. Di samping itu penajaan paling utama adalah
pihak kerajaan dan organisasi yang terlibat secara langsung di dalam menjayakan
sesuatu acara sukan yang bakal berlangsung. Sokongan daripada pihak penajaan
adalah sangat penting bagi membantu tuan rumah menyediakan kemudahan-kemudahan
seperti menyediakan tempat penginapan, makanan dan minuman, pakaian dan
peralatan sukan yang akan digunakan oleh para peserta. Faedah bersama akan
diperolehi oleh syarikat penajaan melalui promosi iklan barangan mereka. Selain
itu, keuntungan paling utama turut diperolehi oleh tuan rumah penganjur
kejohanan sukan tersebut. Sebagai contoh, penganjuran kejohanan sukan yang berprestij seperti Sukan Formula One (F1)
yang mendapat banyak penajaan daripada syarikat kereta terbesar seperti
Mercedes Benz, Ferrari, Renault, BMW, Lotus dan lain-lain. Terdapat juga
syarikat minuman yang menjadi penaja rasmi bagi sesuatu kejohanan iaitu Red
Bull, 100 PLUS, Coke-Cola dan Revive. Di dalam penyiaran pula, sudah menjadi
kebiasaan bagi ASTRO, RTM dan TV3 sebagai penaja rasmi bagi saluran televisyen
dengan membuat liputan siaran secara langsung sesuatu kejohanan sukan
berlangsung.
Individu Terbabit
Di dalam penganjuran sesuatu acara sukan
sememangnya melibatkan para atlit, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai pasukan
dan penonton. Setiap kejohanan yang berlangsung, atlit adalah individu paling
utama di dalam mengambil bahagian dalam acara-acara
yang dipertandingkan. Kejohanan sukan yang besar seperti Sukan Olimpik, Sukan
Komanwel dan Bola Sepak Piala Dunia sudah pasti membabitkan jumlah penyertaan
besar dalam kalangan peserta yang mengambil bahagian. Jumlah penyertaan atlit
atau pemain, pegawai pasukan, jurulatih dan pengurus pasukan dianggarkan
melebihi ribuan orang. Di samping kehadiran penonton ke setiap lokasi acara
dilangsungkan melebihi angka puluhan ribu orang. Penglibatan semua pihak ke
sesuatu lokasi pertandingan dapat diklasifikasikan sebagai pelancong sukan.
Seterusnya, faedah yang diperolehi oleh sesebuah negara tuan rumah adalah
pertambahan di dalam jumlah pendapatan negara. Sukan adalah satu produk
pelancongan yang memberi sumbangan terbesar di dalam ekonomi penduduk setempat
di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, kemudahan infrastruktur
seperti perhubungan, penginapan, telekomunikasi juga dapat ditingkatkan.
Menurut Kurtzman dan Zauhar (2006), untuk menganjurkan sesuatu acara sukan, kemudahan
spesifik mungkin perlu diperbaiki dan kemudahan sedia ada perlu diperbaharui.
Aspek ekonomi ini biasanya memaksimumkan kebaikan dalam jangka pendek serta
mengekalkan nilai untuk jangka masa panjang. Kemudahan yang telah dibangunkan
akan terus kekal dan menjadi tarikan utama kepada mereka yang mengunjungi
destinasi pelancongan tersebut. Komuniti tempatan turut memperolehi faedah bersama
dari segi memperkenalkan produk tempatan seperti makanan, kraftangan dan budaya
masyarakat di sesuatu tempat.
没有评论:
发表评论