2013年1月9日星期三


Haruskah Dato Lee Chong Wei dikekalkan sebagai jaguh sukan Negara untuk Olimpik 2016?



Saya berasa Dato Lee Chong Wei haruslah meneruskan kejayaannya ke olimpik 2016 kerana saya berasa Dato Lee masih ada banyak potensi yang boleh digali supaya teknik beliau akan menjadi lebih hebat.
Selain itu, semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh beliau semasa di sukan Olimpik London harus dipuji dan dicontohi oleh semua permain badminton negara dan jika beliau teruskan perjuangannya tentu boleh mengalakkan lebih banyak orang melibatkan diri dalam acara tersebut supaya negara kita boleh melahirkan lebih banyak atlet yang cemerlang.
Di samping itu, saya juga berasa perpaduan antara kaum di negara kita akan meningkat jika beliau meneruskan perjuangannya dalan acara badminton. Hal ini demikian kerana apabila beliau sedang bertanding terutamanya berlawan dengan lin dan iaitu permain badminton negara china, semua rakyat Malaysia akan bersama-sama menyokong beliau tanpa mengira bangsa dan kaum dan ini menghayati semangat 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menter. Walaupun beliau seorang permain berbangsa cina, tetapi semua rakyat Malaysia turut memberi sokongan kepada beliau kerana beliau merupakan wira negara kita dalam acara sukan.

没有评论:

发表评论